if the world ends tomorrow, would you befriend your worst enemies today?

HELL NO.

Showing posts with label writing. Show all posts
Showing posts with label writing. Show all posts

02 August 2011

Engineer Google adalah Gagmen Sejati.

saya tak boleh tidur sekarang ni, tak tahulah kenapa. alang-alang saya dah tak dapat tidur tu, saya habiskan masa dengan terjah blog orang sana blog orang sini blog orang tengah-tengah pun boleh.

bosan main terjah-terjah gitu, saya pun main-main dengan google maps. kemudian saya terniat nak tengok apa jadi kalau saya main betul-betul sebab orang bilang main; main betul-betul - saya rasa belajar pun begitu tapi kita abaikan dulu perkara tu baik? :)

jadi, saya pun buatlah begini. kalau nak bukti anda pun buatlah sendiri nanti okay. pertama, buka google maps . lepas tu ikut steps yang saya bagi kat bawah ni. :)

dah klik link kat atas tu? bagus, sekarang sila klik pada 'Get Directions'



lepas tu masukkan 'China' pada ruangan A dan 'Taiwan' pada ruangan B



scroll down ke no. 48, dan jawapannya berjaya membuatkan saya tertawa keseorangan. :)



saya tak tahulah sama ada ianya kesilapan teknikal, ataupun kerana teknologi yang digunakan satelit sangat super duper extravaganza, tapi yang pasti saya dapat simpulkan di sini bahawa;

daya taakulan manusia mengatasi minda canggih sang mesin ;D

mungkin saya terlambat untuk tahu benda ni, biasalah, saya orang kampung, mana tahu benda-benda gini. English pun setakat tahu you me love money. xD

tapi betullah, swim across the pacific ocean? pfft. macam manalah suju-M bergerak kalau gitu? LOL.

okay, nak main-main betul-betul dengan google translate pula. :)

Kerana Hidup Bukan Sekadar Untuk Dicela :)




Kadang-kadang kita rancang sesuatu dengan sebaik mungkin; masa yang tepat, jadual yang mantap, orang-orang yang cemerlang. Tapi kita masih gagal nak melaksanakan satu-satu perkara. Kita kemudiannya marah, geram, kadang-kadang maki hamun mereka yang tak terlibat sekalipun dalam hal tu.

Kita lupa hidup ini adalah sangat tidak dapat diramal dalam cara yang baik juga, kerana kita asyik sibuk memaki keburukan yang dibawanya kepada kita.

Kita lupa tentang qada’ dan qadar tuhan, kita lupa kita cumalah manusia.

Kita lupa;

 ALLAH MENENTUKAN SEGALANYA.

Bukan maksud saya nak suruh siapa-siapa tu berhenti berusaha dan cuma berserah padaNya, itu bodoh namanya. Tapi saya cuma nak siapa-siapa tu tahu, rezeki Allah ada di mana-mana, pada bila-bila masa. Cuma bukan masanya lagi untuk rezeki Allah pada siapa-siapa tu tiba. Siapa-siapa tu kena bersabar banyak-banyak, dan teruskan usaha.

Siapa-siapa tu kata dia teraniaya. Dia kata ada orang yang menahan kerjanya. Jadi saya mahu siapa-siapa tu ingat, Allah mendengar doa mereka yang teraniaya. Jadi siapa-siapa tu kena ikhlas berdoa. Agar dipermudahkan rezekinya, agar dielakkan dari terus tertindas, agar Allah sedarkan mereka yang menganiaya akan perbuatan mereka.

Siapa-siapa tu orang yang kuat, saya tahu. Walaupun siapa-siapa tu asyik kata dia bosan asyik menderita,  kadang-kadang seperti mahu mati, saya tahu siapa-siapa tu masih kental nak hidup, atau dia tidak akan dapat capai usia 20an seperti sekarang. Saya yakin siapa-siapa tu mampu buat apa saja.

Saya harap siapa-siapa tu tahu, selain saya yang lemah ini, dan mereka-mereka yang tidak sekuat mana, Allah sentiasa ada untuknya. Dia punya kuasa paling besar di sisinya. Jadi siapa-siapa tu tak perlu risau.

Memang kita penat berusaha, tapi Allah masih yang utama dan menentukan segalanya, jadi sabar dan banyakkan usaha. ;)

"I love waking up in the morning not knowing what's gonna happen or, who I'm gonna meet, where I'm gonna wind up. Just the other night I was sleeping under a bridge and now here I am on the grandest ship in the world having champagne with you fine people. I figure life's a gift and I don't intend on wasting it. You don't know what hand you're gonna get dealt next. You learn to take life as it comes at you... to make each day count." –Jack Dawson; Titanic.
 

31 July 2011

Sekeping Nota dan Serumah Pengkhianatan




Hari ini saya dapat sekeping nota. Dan nota tersebut berbau kebencian.

Mulanya begini;

Saya tak pasti bila masanya dia nampak tentang nota tersebut, tapi kemudiannya, waktu saya baru keluar dari bilik air, adik panggil saya rapat ke tepi tingkap kerana dia tak mahu masuk ke dalam rumah dengan pakaian yang kotor (dia tengah cuci motor) dan bisikkan sesuatu pada telinga saya.

“Masuk bilik abah, tengok apa yang terlekat dekat cermin.” Saya tanya apa, dia kata “tengok ajalah.”
Jadi saya pun masuk. Abah tak ada, pulang ke rumah mak cik (ibu tiri saya) di Serdang, Kedah. Dua-dua tak adalah maknanya. Dan seperti yang adik katakan, ada sekeping nota yang terselit di bahagian atas cermin bilik tersebut. Lantas saya ambil dan baca.

Bunyinya lebih kurang sebegini;

“Aku bosan duduk sini, tak best langsung! Aku nak balik sana, lagi best! Tak seronok duduk sini! Hari ni balik sana, tak sabar!”

Hati saya tersentak. Saya rasa sangat terhina; terkhianat dan terhina. Dia hina rumah saya, dia hina syurga saya, hanya kerana syurga saya bukan syurga dia.

Saya cuba terima dia seadanya, sebagai isteri ayah saya, sebagai suri baru ayah saya selepas perginya mama. Saya hormati dia bila mereka tanya tentang dia, saya kata “dia sangat sayang pada abah, dia pandai jaga abah. Dia calon yang sangat baik selepas mama.”

Saya dah lama asingkan kisah dongeng dengan dunia nyata. Saya pastikan yang bukan semua ibu tiri jahat—tidak , tidak dia tidak jahat saya tahu. Tapi tidak semua ibu tiri akan jujur dengan kita.

Kami tak pernah paksa dia lakukan kerja rumah, kami tolong yang mana kami mampu. Walhal, itu semua memang rutin kami sejak mama sakit dulu. Kami yang uruskan rumah. Kami cuma fikir, ah dia boleh bantu abah bila kami pergi sambung belajar, bekerja. Ada orang untuk abah cinta, untuk jaga abah dan abah jaga selepas kami.

Saya juga kecewa bila abah langsung tak nampak usaha kami nak rapatkan hubungan. Abah asyik kata kami tak terima dia seadanya. Konon kami tak suka dia.

Mama didik kami untuk jadi orang, untuk jadi manusia. Kami tak diajar untuk benci orang tanpa sebab. Jadi kenapa? Kenapa abah yang tak dapat lihat diri kami sendiri?

Saya tahu, tak baik saya ceritakan perkara sebegini. Tapi saya sangat kecewa. Saya ingatkan dua tahun sudah cukup untuk beri dia peluang sekurang-kurangnya layan kami seperti saudara. Kami tak minta dilayan seperti anak, kami tahu batasnya—dia bukan mama. Tapi bila nota tersebut muncul, entahlah.

Rasa percaya saya pada orang pernah luntur, hingga diri saya hilang warna peribadi disebabkan pengkhianatan oleh segelintir manusia yang saya anggap penting dalam hidup saya.

Saya pernah hilang sepenuh kepercayaan pada orang lain selain diri saya dan keluarga. Saya pernah anggap teman saya hanya tempat untuk bergembira, kerana mereka juga pasti akan beranggapan yang sama terhadap saya. Saya pernah hidup dengan penuh rasa syakwasangka. Tapi kemudian, kawan-kawan sekeliling mengubah saya. Dan saya bersyukur.

Tapi sekarang, saya mula rasa terabai dengan sikap abah dan ibu tiri saya. Saya tak suka konflik, jadi saya diamkan diri. Saya anggap petunjuk-petunjuk kecil yang dia berikan sewaktu berkomunikasi dengan kami sebagai kesilapan, saya maafkan rasa sakit hati saya terhadap dia dan selalu minta dia maafkan saya atas kecuaian saya. Saya bukan malaikat.

Tapi dia tak mahu bertoleransi. Dia mahu terus jadi kanak-kanak, mahu terus percaya dengan menyakiti hati orang, dia akan bahagia. Saya rasa saya harus anggap dia tidak dewasa untuk terus melihat mukanya, atau saya akan benar-benar percaya dia bencikan saya. Saya tak mahu melawan dan buatkan abah kecewa, kerana saya sangat sayang abah.

Memang ini bukan syurganya, tapi tidak bolehkah dia menganggapnya sedemikian? Dia berkahwin dengan abah saya, itu maknanya dia berkahwin dengan seluruh keluarga. Apakah begitu susah untuk difahami?
Saya sangat kecewa, sedih, dan putus asa. Putus asa untuk terus berusaha merperbaiki hubungan kami. 

Biarlah, asalkan saya tidak menyakitkan hatinya, saya akan terus berdiam. Perkara ini tidak akan difahami oleh abah walaupun berdarah lidah saya berkata-kata. Jadi biarlah. Asalkan syurga saya masih ada bersama kenangan mama, saya rela dibenci oleh orang luar yang bertukar menjadi keluarga.

Bukan semua orang akan bencikan kita, jadi lebih baik kita sayangkan mereka yang betul-betul ikhlas sukakan kita. Itu lebih berbaloi dari buang masa sakitkan hati sendiri.

07 December 2010

Happy Anniversary, My Guardian Angels.


***

if she was still here, today will be their 30th year of wedding.

02 December 2010

Me, 4G, and TM.

hi.

miss me? don't answer it. i never want an answer anyway. so yeah, i got some issues about my internet that cost me money, effort, energy and saliva for calling the TM operator more than TEN TIMES in FIFTEEN DAYS or MORE before i can get my connection back.

which is in conclusion,

 TM PERGI MAMPUSLAH i got my connection back, finally *angelic smile*

but what made me felt so stupid while waiting for the connection to be fixed is that TM actually has the guts to call and asked whether i want to upgrade to 4G.

so i'm sorry to the poor operator who was doing her job at that time for the *cough* slightly *cough* rough *cough* words used before.

heck, like i care.

what's 4G anyway?

Penulisan